Isnin, 5 Mei 2014

Lelehan Faraj Tidak Normal



Segelintir wanita yang prihatin terhadap kesihatan dirinya akan sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Contoh adalah lelehan faraj. Lelehan faraj yang tidak normal boleh mengundang pelbagai komplikasi buruk kepada diri seseorang wanita itu. Sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap perubahan tubuh badan anda lebih-lebih lagi apabila perkara itu melibatkan abdomen dalaman. Kepada yang menyedari hal ini, ada beberapa langkah awal yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko lelehan faraj merebak menjadi lebih buruk.

Antaranya adalah:



1. Memakai seluar dalam yang sesuai

 Sentiasa memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas. Kapas membenarkan bahagian intim bernafas dan kekal kering. Malah, pakai seluar dalam hanya pada siang hari, bukannya ketika tidur di waktu malam.



2. Hindari produk yang sensitif

Elakkan bersentuhan dengan produk yang boleh menyakitkan faraj seperti pembersih faraj, sabun, bedak, losen dan cecair mandi yang mempunyai pewangi.



3. Elakkan Menggaru

Jangan menggaru bahagian alat sulit yang kegatalan. Perbuatan itu boleh memburukkan lagi keadaan.



4. Jangan berpakaian ketat

Hindari diri daripada memakai pakaian yang ketat untuk tempoh yang lama seperti pakaian renang, sukan atau sarung kaki (pantyhose)



5. Jauhi Pemakaian tampon

 Jika didatangi haid, jangan gunakan tampon, tetapi gunakan tuala wanita biasa.



6. Pembersihan bahagian intim

 Bersihkan bahagian intim dari hadapan ke belakang selepas membuang air kecil atau besar. Cara pencucian yang salah boleh merebakkan bakteria ke faraj.



7. Keperluan Tidur dan Diet

Tidur yang cukup dan diet yang seimbang dengan pengambilan air yang cukup merupakan cara terbaik untuk memastikan faraj sentiasa sihat.

~Mingguan Wanita~

Wan Nor Asiah
Pasir Puteh
Kelantan