Isnin, 23 Februari 2015

KEPUTIHAN







::Keputihan oh Keputihan::

Masalah keputihan samada teruk atau tidak pasti merisaukan semua wanita. Apa-apa pun keputihan ni sememangnya buat kita tak selesa kan! Jadi apa cara terbaik untuk "stop" kan keputihan & cara untuk kurangkan keputihan tu?

Contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

> Jangkitan kulat. Ia mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal. Kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.

> Jangkitan kuman trichomonas. Jenis ini berlaku cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.

> Jangkitan bakteria vaginosis. Tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau.

> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks. Biasanya berlaku cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah.

> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan, tetapi tidak gatal. Biasanya disertai bau busuk.

> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/tidak sengaja berada di dalam vagina.


Ingat!

::> Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita.

::> Jangan menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.

::> Menjauhi tekanan yang berlebihan.

::> Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil.

::> Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan.

::> Mengamalkan minum SuperRich Puteri Vanilla - mampu mengurangkan keputihan juga memberi kesegaran dan tenaga kepada tubuh wanita.