Ahad, 27 Oktober 2013

KEBAIKAN SUPER RICH MOCHA






SUPERRICH MOCHA adalah MINUMAN PREMIER bermutu tinggi yang diformulasi supaya memberi kebaikan (CERGAS,CANTIK dan CERDAS) kepada tubuh badan dalaman dan luaran. Ia sesuai dinikmati seisi keluarga, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Ia juga amat baik untuk ibu-ibu mengandung dan membantu memperbanyakkan susu ibu bagi yang menyusukan bayi.  
Minuman ini diperkaya dengan rasa mocha, enak, segar dan secukup rasa. Sangat sesuai diminum waktu sarapan atau bersahur juga selepas melakukan pelbagai aktiviti harian. 

Kandungan & Khasiatnya: 
Bahan asas adalah Kopi Arabika, Serbuk Koko, Gula Perang dan Krimer Tanpa Tenusu.

1.Cergas (bertenaga)
Ekstrak - Maquiberry, Acai Berry, Goji dan Blueberry: 
mempunyai anti oksidan yang tinggi sangat penting untuk kawalan sistem tubuh badan dan membantu mengurangkan berat badan, mengempiskan perut buncit, menyingkirkan toksin dalam badan yang menjadikan badan lebih sihat dan segar bertenaga. Goji memberi faedah kesihatan seperti menghapuskan radikal bebas, menggalakkan metabolisme, melancarkan pengaliran darah, mengoptimumkan fungsi hormon dan juga membaiki tenaga fizikal. Ia meningkatkan faktor kesuburan lelaki dan wanita.

2.Cantik (dalaman & luaran)
Campuran Collagen, Glutathione dan Vitamin C mencantikkan dan menghaluskan kulit, dapat mencegah faktor penuaan, mengatasi situasi kulit kering dan kusam juga menjadikan kulit semakin cerah, gebu dan lembut.

3.Cerdas (tajam pemikiran & kuat ingatan)
Ekstrak Makanan Sunnah (Kurma, Kismis, Madu, Buah Tin dan Buah Delima) dan Ekstrak Gingko Biloba sangat baik untuk kesihatan badan, faktor penggalak pengaliran darah ke otak menjadikan daya ingatan yang kuat, tajam pemikiran, cepat bertindak serta menstabilkan kawalan emosi.