Apa itu senggugut?
Senggugut, ataupun
istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang
sangat menganggu pada wanita usia produktif. Ia bukan saja sesuatu yang
sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.
Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis”
yang bermaksud sukar atau sulit,”men” atau bulan dan “rheein” yang
bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya beerti
kesakitan saat haid , atau haid yang sukar dan bermasalah. Secara medis,
dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami saat
haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.
Gejala senggugut
Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu tadi, senggugut dapat
disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan
diare. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya
saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.
Kenapa senggugut itu terjadi?
Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang
berlebihan saat haid. Pengecutan ini dipacu terutamanya oleh hormon yang
kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu,
saat haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian
untuk terjadinya kehamilan , akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses
pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.Lapisan
tisuyang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. Kematian
sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin.
Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang
tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai
mengganggu aktiviti mereka.
Kontraksi yang dipacu oleh
prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada
sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan kadar prostaglandin yang
terlalu tinggi tadi , keluhan senggugut akan muncul.
Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak?
Disebabkan senggugut merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik
sangat memainkan peranan.Sekiranya adik beradik anda ada yang senggugut
anda mungkin akan mengalaminya juga.Selain itu terdapat beberapa faktor
risikolainyang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang itu mengalami
senggugut iaitu haid pertama yang dini( menarche), kitar haid yang
panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi
dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh
dan seterusnya memacu penyakit ini.
KLASIFIKASI DISMENORE
Kita dapat klasifikasikan dismenore kepada dua jenis, iaitu dismenore primer dan sekunder
Dismenore Primer
Adalah dismenore yang terjadi disebabkan hanya faktor hormonal dan
tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita itu.
Jadi masalah itu bukan berpunca dari luar tetapi masalah pada sistem
hormon wanita tersebut yang dipacu oleh faktor-faktor yang telah saya
sebutkan tadi.
Dismenore Sekunder
Adalah dismenore
yang terjadi disebabkan adanya kelainan lain pada sistem reproduksi,
seperti pada kelainan endometriosis, radang rongga pelvis, jangkitan,
penyakit usus, kehamilan ektopik atau luar rahim dan sebagainya.
Dismenore jenis ini yang harus diberi perhatian dan mendapat pengubatan
yang selanjutnya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem
reproduksi wanita sehingga boleh menyebabkan kemandulan.
Jadi
kenyataan awam yang mengatakan wanita yang senggugut itu susah untuk
hamil ada benarnya sekiranya jenis dismenore yang dialami adalah
daripada jenis yang sekunder ini terutamanya wanita yang mengalami
endometriosis atau kista coklat.Namun begitu belum tentu semua kelainan
yang telah saya telah sebutkan tadi berakhir dengan kemandulan
tergantung kepada derajat keparahan penyakit dan jenis penyakit itu
sendiri.
Endometriosis
Endometriosis adalah kelainan
yang terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai tisu
rahim(endometrium) tumbuh pada struktur lain dalam tubuh selain dalam
rahim.Keluhan yang dirasakan persis sama seperti senggugut primer namun
hanya terjadi sebelum haid bermula. Setelah haid mula keluar, rasa sakit
yang dirasakan menghilang.
Saya memilih untuk menjelaskan penyakit
ini dengan lebih detail disebabkan penyakit ini adalah merupakan salah
satu penyakit yang tersering menyebabkan masalah kemandulan pada wanita.
Jadi sekiranya anda mengalami keluhan seperti diatas, adalah lebih baik
mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan yang berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan