Rabu, 26 November 2014

MAKSUD CELEBRITY LASS



CELEBRITY LASS

CELEBRITY ialah selebriti.
Ayah adalah selebrity kepada anak,
Guru adalah selebrity kepada anak murid,
Pemain bola adalah selebriti kepada penyokong,
Artis adalah selebrity kepada peminat,
Ustaz adalah selebrity kepada followernya.

Selebrity biasanya mempunyai daya KEYAKINAN yg tinggi.
Sebab mereka tampil menyerlah kepada penyokongnya.

Walau wajah kacak, cun, badan taff ,dan solid sekalipun, sekiranya badan mereka berbau, mereka sendiri biasanya 'takut' utk masuk ke dalam penyokong mereka sendiri.

Justeru, KEYAKINAN adalah faktor utama sebagai selebriti,

Sementara LASS pula adalah memberi maksud seorang gadis yg tidak famous, tapi kalau dia berjalan melintas di hadapan umum, semua org akan memandangnya,
Di situ daya KEYAKINAN gadis itu semestinya tinggi apabila pergerakannya diperhatikan.

Justeru. Apa yg paling penting ialah KEYAKINAN.

maka, produk CELEBRITY LASS adalah dikeluarkan atas fahaman memberi dan menambah KEYAKINAN kepada pengguna agar mereka YAKIN TAMPIL berjaya dalam komuniti mereka.

Dengan kata lain, asalkan produk menambah KEYAKINAN kepada penampilan pengguna, Celebrity Lass akan cuba kuarkan.

#clteamAsiah
#projektambahduit
#celebritylass

Isnin, 24 November 2014

CANTIK DI HATI





Jangan sesekali kita meremehkan perbuatan baik walaupun sekadar senyuman.

Ahad, 23 November 2014

AJAIBNYA SEDEKAH


Ketika saat diriku berada di dalam kesempitan wang. Dalam dompet hanya ada RM20 untuk sepanjang November.

Hati berbelah bahagi, macam mana nak memberi sedangkan ini saja yang aku ada.

Aku serahkan segala-galanya pada Allah. Aku tawakkal, separuh duit dalam dompet aku masukkan dalam tabung derma.

Aku berdoa "Ya Allah, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku. Aku tak nak bergantung kepada manusia. Cukuplah Allah sebagai pelindung dan pembantu.

Kau permudahkan urusan kewangan buat diriku Ya Allah. Terima kasih Allah di atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada hambaMu yang lemah ini."

Beberapa minit kemudian.

Suami datang menghampiriku. Beberapa puluh keping not RM50 di hulurkan kepadaku. Duit hasil jualan padi kata suami.

Alhamdulillah. Dalam sekelip mata je Allah nak bagi. Allah turunkan rezeki melalui suamiku. Nikmat mana lagi yang nak aku dustakan. MasyaAllah.

Tak terucap dengan kata-kata. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Dapatlah aku selesaikan beberapa hutang.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Wan Nor Asiah
30 Muharram 1436H
Pasir Puteh, Kelantan.

Rabu, 19 November 2014

MANJAKANI REDAKAN SAKIT JAHITAN



Nak Kongsi Petua:

Tempoh berpantang sememangnya menguji kesabaran. Biasanya ibu selepas bersalin akan berasa tidak selesa dan pedih di kawasan yang dijahit. Sudah tentu menyukarkan untuk bergerak dan duduk ketika menyusukan bayi.

Petua berikut boleh mengurangkan kesakitan. Rebus beberapa biji buah manjakani kering, asam keeping dan sesudu garam kasar selama beberapa minit.

Disiplinkan diri untuk mencuci bahagian intim di waktu pagi dan petang. InsyaAllah luka tersebut akan cepat kering. Air rebusan juga sesuai digunakan ketika anda datang haid atau untuk mengatasi masalah keputihan.



P/S : Kalau untuk memulihkan dalaman wanita selepas bersalin pilih la SuperRich Puteri Vanilla.Banyak khasiatnya.

Ahad, 16 November 2014

Pengguna CelebrityLass


CELEBRITYLASS buat orang menangis?

Masalah ini telah dipendam begitu lama,
Setiap hari aku fikirkannya,
Hinggakan keyakinan pada diri semakin berkurangan.

Usahkan nak berjumpa orang,
Nak kenakan pakaian pun terpaksa berfikir panjang,
Kalau salah pilih, siaplah bau dia memang 'Wangi' sangat.. 😂😂😂

Satu hari sedang melayari fb,
Terpandang beberapa iklan mengenai produk hilangkan bau badan,
Jadi aku pun cubalah dapatkan produk tu.

Pada mulanya aku hanya nak mencuba,
Tapi setelah aku terima dan cuba,
Aku begitu gembira tak terkata.
Sehinggakan aku menangis.

Kenapalah aku tak jumpa produk ni dari awal lagi?
Dah lama aku pendam perasaan ni.

Kini aku tidak lagi risau,
Aku boleh pakai apa sahaja pakaian,
Baju satin aku yang lama tersimpan dalam almari dah boleh pakai semula.

Alhamdulillah..
Kalaulah aku tahu siapa pencipta produk ni,
Ingin aku lafazkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepadanya.

Dan ni no telefon yang nak aku berikan kepada kawan kawan yang senasib dengan ku.

+6019-9298204
WhatsApp no ini untuk grab satu botol.
Tak tunggu gaji pun tak apa.
Cuba trial dulu. RM15 sahaja!

terima kasih pemilik no kerana anda telah membantu insan bermasalah seperti ku!

Selasa, 11 November 2014

JAMBU BATU KURANGKAN KOLESTROL



MENURUT Ketua Unit Sains Pemakanan Universiti Putra Malaysia, pengambilan jambu batu mampu mengurangkan kolestrol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu. Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari selama empat minggu berturut-turut. Kulit jambu batu perlu dimakan bersama kerana mempunyai khasiat yang tinggi. Selain buah, daun jambu batu juga boleh digunakan untuk mengubati luka di mana menampal daun yang telah ditumbuk pada bahagian luka yang dialami.


18 Muharram 1436H

Ahad, 9 November 2014

SENYUM






Assalamualaikum dan selamat pagi

>>> Senyum

Selama ni tak pernah senyum dekat seorang hamba Allah ni.

Tengok muka memang serius orangnya.

Pagi ni hantar Aini ke sekolah.

Berselisih dengan beliau di depan pintu pagar sekolah. Saya hadiahkan beliau sekuntum senyuman.

Wow! Beliau hadiahkan kembali sekuntum senyuman yang comel gitu. =)

Betul la, the power of 'senyum'.

Kita yang kena mulakan dulu.

Pesan mentor, walau dalam keadaan apa jua sekali pun jangan lupa 'senyum'.
.
.
.
Jangan lupa senyum tau =)
.
.
.
.
Wan Nor Asiah
16 Muharram 1436H

Sabtu, 8 November 2014

KULIT CANTIK DENGAN AIS BATU



Berikut beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:

1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat

Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.

2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori

Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

3. Mengubati Mata Sembab

Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.

Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

4. Meringankan Masalah Jerawat

Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.

5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus 

Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya,anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.

6. Wajah Lebih Anjal & Lembut

Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

7. Meningkatkan Peredaran Darah

Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama

Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikansolekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Khamis, 6 November 2014

SEGARKAN WAJAH DENGAN JUS EPAL


Sebagai wanita, anda pasti suka pada kulit wajah yang cantik menawan.

Untuk kulit muka lebih segar, perah epal dan ambil jusnya.

Kemudian sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.

Kemudian bilas dengan air bersih.

Rasai kesegaran pada wajah anda selepas itu.

Selasa, 4 November 2014

Kerusi Hasil Tangan Encik Suami




Kerusi ini asalnya sebuah meja pelajar Pra Sekolah.

Guru Besar nak gantikan semua meja pelajar-pelajar Pra dengan meja yang baru. Meja yang lama akan di masukkan ke dalam. Yang mana dah rosak terus buang. Sayang kan!

Encik Suami dia tak boleh tengok barang buang macam tu je. "Sayang la nak buang sebab masih elok lagi ni, saya nak la meja-meja ni," katanya Encik Suami kepada Guru Besar.

Selagi barang tu boleh di 'kitar semula' selagi tu la Encik Suami akan guna. Jadi betul la orang kata, orang kidal ni kreatif! Betul la kot. Hehe.
.
.
.
Tadaaa
.
.
.
.
Terhasillah beberapa buah kerusi yang 'comel lote' ni hasil kreativiti Encik Suami.

Meja makan dah siap buat. Nak cantum jadi set meja makan la ni.

Dah penat-penat badan mesti berpeluh kan! Mujur Encik Suami dah sapu CelebrityLass sebelum buat kerja.

Selamat badan dah tak berbau.
.
.
.


Note: Hadiahkan satu buat suami tersayang. =)

Wan Nor Asiah
11 Muharram 1436H
Kelantan.

Isnin, 3 November 2014

DAHSYATNYA DOA ISTERI



Tiada alasan lagi untuk tidak berdoa

Allah berfirman dalam surah Al-Ghafir, ayat 60:

"Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku perkenankan."

Umum mengetahui, syurga isteri terletak pada keredhaan suaminya.

Namun, tahukah kita ada sesuatu yang dahsyat boleh berlaku dengan izin Allah s.w.t, berdasarkan doa isteri?

Masuk kedai buku SMO terpandang buku yang bertajuk "Dahsyatnya DOA ISTERI"

Wow! Menarik ni. Terus ambil dan bayar.


Salam sayang,
Wan Nor Asiah
10 Muharram 1436H

SENYUM






Perkara yang paling remeh sering kita lupakan iaitu senyum.

Maafkan saya jika saya lupa nak senyum ketika berurusan dengan saya.

Semoga ceria-ceria selalu.

Sabtu, 1 November 2014

TERTINGGAL HELMET

Cerita semalam. Selamba jer aku gi ofis tak pakai helmet.

Sebelum turun nak gi ofis, memang dah standby siap2 helmet atas tangga.

07.15am masih kat rumah, kelam kabut la aku. Hari Jumaat aku kena buka centre pukul 8.00am, 8.30am dah start kelas. Dari rumah aku ke ofis makan masa 40 minit gak la. Ramai parent cakap "dasyat la Asiah bawak motorbike, jauh tu." Doakan Asiah cepat-cepat dapat beli kereta tau..hehe...

Tengah syok bawak motor. "apsal kepala aku ni ringan jer. Alamak! Aku lupa nak pakai helmet."

Tak pasal2 kena u turn balik ambik helmet. Dah separuh jalan dah. Sabar jer la. Diri sendiri yang cuai...huhu..

Alhamdulillah, ngam ngam pukul 8.00am aku sampai ofis. Pandai kan aku set masa...hihi

Tu jer nak cerita.

K, bai..


Note: JDT vs Pahang, korang sokong team mana? :)