Khamis, 14 November 2013

SEKSANYA HIDUNG TERSUMBAT!!

Memang seksa rasanya jika mula dijangkiti selsema. Bukan sekadar kepala yang akan sakit tetapi kesan yang paling tidak digemari adalah hidung tersumbat.
Menggunakan ubat-ubatan yang mujarab untuk melegakan masalah hidung tersumbat mungkin boleh dijadikan jalan penyelesaiannya tetapi ia tetap memberikan kesan sampingan.
Terdapat cara lain yang lebih baik, murah dan selamat daripada sebarang komplikasi negatif. Cubalah menghirup wap. Wap yang panas dapat membantu mencairkan hingus di dalam hidung dan rongga sinus di samping melegakan penyumbatan hidung.
Caranya didihkan air di dalam periuk dan tuang air yang hangat tadi di dalam bekas.Hirup wapnya selama beberapa minit. Awas, hati-hati ketika mengendalikan air yang panas.



ikhlas,
Wan Nor Asiah Wan Mahmud
Asiah Sweet Shop
10 Muharam 1435H

Tiada ulasan: