Jumaat, 15 November 2013

TAK SEMESTINYA MINUM LAPAN GELAS AIR




Sebenarnya, keperluan cairan pada setiap manusia berbeza, bergantung kepada aktiviti, cuaca mahupun pengubatan yang sedang dijalani. Mengenal pasti keadaan-keadaan yang boleh mempengaruhi boleh membantu anda kekal terhidrasi. Tidak semestinya perlu cukup lapan hingga sepuluh gelas sehari.

Untuk mengetahui sama ada anda sudah cukup minum air ataupun tidak, beri perhatian pada signal tubuh anda. Rasa haus, bibir kering, mulut seperti bergetah, sukar memberi tumpuan, sakit kepala, lelah atau degupan jantung yang semakin meningkat antara beberapa kesan kekurangan air di dalam tubuh.

Untuk memulihkan diri dari dehidrasi ringan, anda perlu minum air secara perlahan atau bertahap. Selain air putih, anda boleh minum jus buah-buahan. Tidak semestinya juga air, anda juga boleh makan sayur-sayuran atau makan buah-buahan.

Buah yang kaya dengan jus atau airnya seperti buah tembikai, strawberi, tomato, bayam, timun dan brokoli mempunyai 90 peratus kandungan air sementara lobak merah, limau, epal, anggur dan kentang pula mengandungi 80 peratus kandungan air.

sumber: Mingguan Wanita

Wan Nor Asiah Wan Mahmud
Asiah Sweet Shop

Tiada ulasan: