Selasa, 8 Julai 2014

HINDARI MASALAH KETIAK SENSITIF

Selain masalah bau badan, ketiak juga amat sensitif dengan bahan kimia. Begitu juga daerah berbulu yang lain seperti bahagian intim dan sebagainya. Ada juga yang mengalami masalah kulit seperti ruam akibat sensitif terhadap bahan kimia yang terdapat pada deodoran misalnya.

Berikut adalah tip untuk mengelakkan masalah ketiak sensitif:

Pisau Cukur


Jika anda adalah pengguna rutin pisau cukur, apa kata teliti terlebih dahulu sama ada ia jenis pisau tajam dan terbaik. Sesetengah pisau cukur, biarpun tajam tetapi bila digunakan akan menimbulkan masalah kepada ketiak. Justeru, berhati-hati terhadap sisa sabun yang melekat pada pisau dan menjadi tempat membiaknya bakteria. Pastikan, anda menggantikan pisau setiap minggu.

Cukuran Lilin

Mencukur dengan menggunakan lilin adalah kaedah terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah ketiak sensitif. Justeru, apabila menggunakan kaedah cukur menggunakan lilin, ia mampu bertahan sehingga empat atau enam minggu. Sekaligus tidak akan menyebabkan masalah iritasi pada bahagian ketiak.


Deodoran

Bahan kimia pada deodoran dan antiperspiran dapat menyebabkan iritasi pada bahagian ketiak sensitif. Bagi anda yang mengalami masalah apabila menggunakan deodoran sebaiknya berhenti menggunakannya dan cuba gantikan dengan bahan lain seperti Celebrity Lass. =)



Kulat

Berpeluh boleh menyebabkan bahagian ketiak anda menjadi lembap dan panas. Ini membantu pertumbuhan kulat pada bahagian tersebut. Sebaiknya, anda perlu pastikan bahagian tersebut benar-benar kering selepas mandi dan jangan biarkan ia basah bagi menghalang jangkitan pada bahagian tersebut.


Terima kasih...

Love,
Wan Nor Asiah
10 Ramdhan 1435H
Pasir Puteh, Kelantan.


Tiada ulasan: