Rabu, 2 Julai 2014

MENGAPA matahari baik bagi kita?

Mungkin ramai di antara kita berpendapat, mendedahkan diri terlalu lama kepada sinar matahari akan menyebabkan kanser kulit.

Namun menurut penelitian yang dilakukan oleh Imperial Cancer Research Fund (ICRF) menyatakan bahawa tidak semua di antara kita mengendahkan nasihat tersebut.

Menurut laporan itu, satu per tiga di antara kita menyenangi penampilan dengan kulit kecoklat-coklatan walaupun mereka agak khuatir dengan kemungkinan terkena kanser kulit.

Tahukah kamu, sebenarnya sinar matahari juga dapat membantu pencegahan sesuatu penyakit. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa sinar matahari melindungi kita dari beberapa keadaan termasuk depression, penyakit jantung dan percaya atau tidak beberapa penyakit kanser yang lain.

Penelitian menunjukkan bahawa 10 peratus pengurangan cahaya matahari akan menyebabkan peningkatan penyakit kanser payu dara iaitu antara 6 peratus dan 10 peratus dan 7 peratus hingga 12 peratus masalah kanser usus.

Tiada ulasan: