Isnin, 23 Jun 2014

'Buah hati' enak menyihatkan


Strawberi bukan hanya buah yang boleh dipelbagaikan hidangannya tetapi ia juga boleh menjadi minuman yang begitu enak. Warna merah pekatnya yang menonjol begitu menggugah selera. Sebuah lagi penyelidikan dilakukan khusus  mengangkat manfaat 'buah hati' ini.

Para penyelidik di Universiti Warwick menyebutkan bahawa makan strawberi dikaitkan dengan kesihatan jantung dan hati. Menurut pengkaji berkata, ekstrak yang terkandung di dalam strawberi dikatakan efektif dalam meningkatkan antioksidan dan fungsi pelindung lainnya.

Protein tersebut berfungsi untuk menurunkan lemak darah dan kolesterol yang merupakan penyebab masalah kardiovaskular. Jika dilihat daripada penyelidikan sebelumnya, para penyelidik mendapati bahawa mengambil strawberi ternyata dapat melawan glukosa darah dan kolesterol jahat (LDL) setelah makan.

Strawberi juga bekerja untuk meningkatkan pertahanan tubuh untuk menjaga sel, organ dan pembuluh darah yang sihat serta dapat mengurangi risiko terkena masalah kardiovaskular seperti penyakit jantung dan diabetes.

Meskipun demikian, penyelidik masih belum dapat memberikan info terperinci mengenai variasi trawberi yang dikatakan lebih berkesan dalam menghalang pengumpulan lemak dan kolesterol jahat.



Wan Nor Asiah Wan Mahmud,
Pasir Puteh, Kelantan.
25 Syaaban 1435H.


Tiada ulasan: