Khamis, 19 Jun 2014

Rahsia Awet Muda


Untuk mengekalkan wajah yang cantik, berseri dan kekal muda, banyak perkara yang perlu anda amalkan dan perlu juga anda tinggalkan.

Sebagai contoh, tinggalkan makanan yang diketahui menjadi punca kepada kemerosotan kecantikan dalaman badan ini termasuklah makanan segera, makanan berkolestrol tinggi, makanan jeruk, minuman berais dan sebagainya.

Manakala, amalkan memakan makanan dan minuman yang sihat dan baik. Antaranya adalah mengambil jus pegaga sebagai minuman harian anda.

Air daun pegaga mempunyai banyak khasiatnya. Cuci bersih daun pegaga dan tumbuk hingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air.

Minum air perahan pegaga tersebut tiga atau empat kali seminggu insya-Allah pengamalnya tidak dimakan usia.

Selain itu, sesiapa yang mengamalkan minum jus pegaga akan mendapati wajah lebih berseri dan melawaskan proses pembuangan.

-Mingguan Wanita-

Rahsia Sihat dan Cantik

Bebas Bau Badan


Tiada ulasan: