Isnin, 23 Jun 2014

LIMA MANFAAT KOPI




Kopi bukan sahaja mempunyai aroma yang khas dan enak, tetapi juga bermanfaat. Namun apabila ia diambil secara berlebihan, kopi boleh menyebabkan mudarat pada kesihatan. Berikut adalah beberapa fakta mengenai kopi yang dikemukakan oleh Rob van Dam, PHD, Harvard School of Public Health.


  • Kandungan kafein memang dapat meningkatkan aliran darah. Jadi jika anda memiliki keluhan hipertensi, ada baiknya agar kurangi pengambilan kopi.
  • Kafein juga dapat mengurangi rasa mengantuk. Jika anda memiliki kesulitan tidur, apatah lagi insomnia, jauhi minuman ini.
  • Dalam Jurnal Archives of Internal Medicine, didapati bahawa mengambil secawan kopi sehari dapat mengurangi risiko menghidap diabetes sehingga 25 peratus, kerana kandungan antioksidan yang dikenali sebagai asid chlorogenic.
  • Antara yang lain, kopi juga mampu memangkas risiko penyakit Parkinson, Alzheimer, dan kanser hati.
  • Kopi juga boleh meningkatkan risiko stres, tegang, cemas dan gelisah akibat pengambilan yang berlebihan.
Banyak manfaat yang didapati dari pengambilan minuman kopi ini. Namun, amat merugikan pula bagi yang mengambil minuman kopi berlebihan. Penyelidik menyarankan ada baiknya anda mengambil kopi secara bijak. Cukup meminumnya satu atau dua cawan kecil setiap hari. Jangan lupa perhatikan juga tambahan perasa lain seperti gula, krim ataupun pemanis lain yang boleh megundang kesan negatif.


Wan Nor Asiah Wan Mahmud,
Pasir Puteh, Kelantan.

Tiada ulasan: