Rabu, 11 Jun 2014

Singkirkan Senggugut



Tumbuk lumat tiga ulas bawang putih. Campurkan segelas air suam lalu dikacau. Selepas itu campurkan sesudu madu asli.

Selawat tiga kali sebelum minum. Lebih mujarab jika tidak ditapis.
Amalkan minum tiga kali sehari.

Cara seterusnya pula anda bolehlah ambil tiga ulas bawang merah. Potong halus-halus dan campurkan dengan segelas air panas.

Kacau dan minum. Insya-Allah, cara ini akan menghilangkan sakit senggugut.

Rawatan seterusnya adalah dengan mengambil secawan air panas dan mulakan dengan Bismillahirahmanirahim.

Kemudian, disertai dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali dan hembuskan pada air sebelum diminum.

Insya-Allah, dengan izin Allah, sakit itu akan sembuh.

Mesti cuba ya!

Wan Nor Asiah
Rahsia Sihat dan Cantik


Tiada ulasan: