Isnin, 7 Julai 2014

MADU LEBAH


Madu mempunyai pelbagai khasiat. Apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi:

"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuninya rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah S.A.W sendiri mengamalkan meminum madu dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubat-ubatan. Madu yang paling berkualiti adalah madu yang terhasil ketika musim bunga seterusnya musim panas dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan ketika musim sejuk. Dari sudut kecantikan madu mempunyai kelebihan untuk melembut dan melembapkan setiap anggota tubuh badan.

Madu juga mampu membuatkan kulit kelihatan sihat dan segar. Caranya hanya campurkan 1/4 mangkuk kecil madu dalam air mandian. Selain itu, satu sudu teh madu boleh dijadikan losyen apabila dicampurkan bersama 1/4 air perahan lemon dan minyak sayur. Kamu hanya perlu gosokkan pada tangan, siku, telapak kaki, atau bahagian tubuh yang kering. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Love,
Wan Nor Asiah

09 Ramadhan 1435H

Tiada ulasan: