Rabu, 26 November 2014

MAKSUD CELEBRITY LASS



CELEBRITY LASS

CELEBRITY ialah selebriti.
Ayah adalah selebrity kepada anak,
Guru adalah selebrity kepada anak murid,
Pemain bola adalah selebriti kepada penyokong,
Artis adalah selebrity kepada peminat,
Ustaz adalah selebrity kepada followernya.

Selebrity biasanya mempunyai daya KEYAKINAN yg tinggi.
Sebab mereka tampil menyerlah kepada penyokongnya.

Walau wajah kacak, cun, badan taff ,dan solid sekalipun, sekiranya badan mereka berbau, mereka sendiri biasanya 'takut' utk masuk ke dalam penyokong mereka sendiri.

Justeru, KEYAKINAN adalah faktor utama sebagai selebriti,

Sementara LASS pula adalah memberi maksud seorang gadis yg tidak famous, tapi kalau dia berjalan melintas di hadapan umum, semua org akan memandangnya,
Di situ daya KEYAKINAN gadis itu semestinya tinggi apabila pergerakannya diperhatikan.

Justeru. Apa yg paling penting ialah KEYAKINAN.

maka, produk CELEBRITY LASS adalah dikeluarkan atas fahaman memberi dan menambah KEYAKINAN kepada pengguna agar mereka YAKIN TAMPIL berjaya dalam komuniti mereka.

Dengan kata lain, asalkan produk menambah KEYAKINAN kepada penampilan pengguna, Celebrity Lass akan cuba kuarkan.

#clteamAsiah
#projektambahduit
#celebritylass

Isnin, 24 November 2014

CANTIK DI HATI





Jangan sesekali kita meremehkan perbuatan baik walaupun sekadar senyuman.

Ahad, 23 November 2014

AJAIBNYA SEDEKAH


Ketika saat diriku berada di dalam kesempitan wang. Dalam dompet hanya ada RM20 untuk sepanjang November.

Hati berbelah bahagi, macam mana nak memberi sedangkan ini saja yang aku ada.

Aku serahkan segala-galanya pada Allah. Aku tawakkal, separuh duit dalam dompet aku masukkan dalam tabung derma.

Aku berdoa "Ya Allah, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku. Aku tak nak bergantung kepada manusia. Cukuplah Allah sebagai pelindung dan pembantu.

Kau permudahkan urusan kewangan buat diriku Ya Allah. Terima kasih Allah di atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada hambaMu yang lemah ini."

Beberapa minit kemudian.

Suami datang menghampiriku. Beberapa puluh keping not RM50 di hulurkan kepadaku. Duit hasil jualan padi kata suami.

Alhamdulillah. Dalam sekelip mata je Allah nak bagi. Allah turunkan rezeki melalui suamiku. Nikmat mana lagi yang nak aku dustakan. MasyaAllah.

Tak terucap dengan kata-kata. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Dapatlah aku selesaikan beberapa hutang.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Wan Nor Asiah
30 Muharram 1436H
Pasir Puteh, Kelantan.

Rabu, 19 November 2014

MANJAKANI REDAKAN SAKIT JAHITAN



Nak Kongsi Petua:

Tempoh berpantang sememangnya menguji kesabaran. Biasanya ibu selepas bersalin akan berasa tidak selesa dan pedih di kawasan yang dijahit. Sudah tentu menyukarkan untuk bergerak dan duduk ketika menyusukan bayi.

Petua berikut boleh mengurangkan kesakitan. Rebus beberapa biji buah manjakani kering, asam keeping dan sesudu garam kasar selama beberapa minit.

Disiplinkan diri untuk mencuci bahagian intim di waktu pagi dan petang. InsyaAllah luka tersebut akan cepat kering. Air rebusan juga sesuai digunakan ketika anda datang haid atau untuk mengatasi masalah keputihan.



P/S : Kalau untuk memulihkan dalaman wanita selepas bersalin pilih la SuperRich Puteri Vanilla.Banyak khasiatnya.

Ahad, 16 November 2014

Pengguna CelebrityLass


CELEBRITYLASS buat orang menangis?

Masalah ini telah dipendam begitu lama,
Setiap hari aku fikirkannya,
Hinggakan keyakinan pada diri semakin berkurangan.

Usahkan nak berjumpa orang,
Nak kenakan pakaian pun terpaksa berfikir panjang,
Kalau salah pilih, siaplah bau dia memang 'Wangi' sangat.. 😂😂😂

Satu hari sedang melayari fb,
Terpandang beberapa iklan mengenai produk hilangkan bau badan,
Jadi aku pun cubalah dapatkan produk tu.

Pada mulanya aku hanya nak mencuba,
Tapi setelah aku terima dan cuba,
Aku begitu gembira tak terkata.
Sehinggakan aku menangis.

Kenapalah aku tak jumpa produk ni dari awal lagi?
Dah lama aku pendam perasaan ni.

Kini aku tidak lagi risau,
Aku boleh pakai apa sahaja pakaian,
Baju satin aku yang lama tersimpan dalam almari dah boleh pakai semula.

Alhamdulillah..
Kalaulah aku tahu siapa pencipta produk ni,
Ingin aku lafazkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepadanya.

Dan ni no telefon yang nak aku berikan kepada kawan kawan yang senasib dengan ku.

+6019-9298204
WhatsApp no ini untuk grab satu botol.
Tak tunggu gaji pun tak apa.
Cuba trial dulu. RM15 sahaja!

terima kasih pemilik no kerana anda telah membantu insan bermasalah seperti ku!

Selasa, 11 November 2014

JAMBU BATU KURANGKAN KOLESTROL



MENURUT Ketua Unit Sains Pemakanan Universiti Putra Malaysia, pengambilan jambu batu mampu mengurangkan kolestrol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu. Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari selama empat minggu berturut-turut. Kulit jambu batu perlu dimakan bersama kerana mempunyai khasiat yang tinggi. Selain buah, daun jambu batu juga boleh digunakan untuk mengubati luka di mana menampal daun yang telah ditumbuk pada bahagian luka yang dialami.


18 Muharram 1436H

Ahad, 9 November 2014

SENYUM






Assalamualaikum dan selamat pagi

>>> Senyum

Selama ni tak pernah senyum dekat seorang hamba Allah ni.

Tengok muka memang serius orangnya.

Pagi ni hantar Aini ke sekolah.

Berselisih dengan beliau di depan pintu pagar sekolah. Saya hadiahkan beliau sekuntum senyuman.

Wow! Beliau hadiahkan kembali sekuntum senyuman yang comel gitu. =)

Betul la, the power of 'senyum'.

Kita yang kena mulakan dulu.

Pesan mentor, walau dalam keadaan apa jua sekali pun jangan lupa 'senyum'.
.
.
.
Jangan lupa senyum tau =)
.
.
.
.
Wan Nor Asiah
16 Muharram 1436H

Sabtu, 8 November 2014

KULIT CANTIK DENGAN AIS BATU



Berikut beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:

1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat

Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.

2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori

Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

3. Mengubati Mata Sembab

Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.

Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

4. Meringankan Masalah Jerawat

Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.

5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus 

Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya,anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.

6. Wajah Lebih Anjal & Lembut

Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

7. Meningkatkan Peredaran Darah

Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama

Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikansolekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Khamis, 6 November 2014

SEGARKAN WAJAH DENGAN JUS EPAL


Sebagai wanita, anda pasti suka pada kulit wajah yang cantik menawan.

Untuk kulit muka lebih segar, perah epal dan ambil jusnya.

Kemudian sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.

Kemudian bilas dengan air bersih.

Rasai kesegaran pada wajah anda selepas itu.

Selasa, 4 November 2014

Kerusi Hasil Tangan Encik Suami




Kerusi ini asalnya sebuah meja pelajar Pra Sekolah.

Guru Besar nak gantikan semua meja pelajar-pelajar Pra dengan meja yang baru. Meja yang lama akan di masukkan ke dalam. Yang mana dah rosak terus buang. Sayang kan!

Encik Suami dia tak boleh tengok barang buang macam tu je. "Sayang la nak buang sebab masih elok lagi ni, saya nak la meja-meja ni," katanya Encik Suami kepada Guru Besar.

Selagi barang tu boleh di 'kitar semula' selagi tu la Encik Suami akan guna. Jadi betul la orang kata, orang kidal ni kreatif! Betul la kot. Hehe.
.
.
.
Tadaaa
.
.
.
.
Terhasillah beberapa buah kerusi yang 'comel lote' ni hasil kreativiti Encik Suami.

Meja makan dah siap buat. Nak cantum jadi set meja makan la ni.

Dah penat-penat badan mesti berpeluh kan! Mujur Encik Suami dah sapu CelebrityLass sebelum buat kerja.

Selamat badan dah tak berbau.
.
.
.


Note: Hadiahkan satu buat suami tersayang. =)

Wan Nor Asiah
11 Muharram 1436H
Kelantan.

Isnin, 3 November 2014

DAHSYATNYA DOA ISTERI



Tiada alasan lagi untuk tidak berdoa

Allah berfirman dalam surah Al-Ghafir, ayat 60:

"Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku perkenankan."

Umum mengetahui, syurga isteri terletak pada keredhaan suaminya.

Namun, tahukah kita ada sesuatu yang dahsyat boleh berlaku dengan izin Allah s.w.t, berdasarkan doa isteri?

Masuk kedai buku SMO terpandang buku yang bertajuk "Dahsyatnya DOA ISTERI"

Wow! Menarik ni. Terus ambil dan bayar.


Salam sayang,
Wan Nor Asiah
10 Muharram 1436H

SENYUM






Perkara yang paling remeh sering kita lupakan iaitu senyum.

Maafkan saya jika saya lupa nak senyum ketika berurusan dengan saya.

Semoga ceria-ceria selalu.

Sabtu, 1 November 2014

TERTINGGAL HELMET

Cerita semalam. Selamba jer aku gi ofis tak pakai helmet.

Sebelum turun nak gi ofis, memang dah standby siap2 helmet atas tangga.

07.15am masih kat rumah, kelam kabut la aku. Hari Jumaat aku kena buka centre pukul 8.00am, 8.30am dah start kelas. Dari rumah aku ke ofis makan masa 40 minit gak la. Ramai parent cakap "dasyat la Asiah bawak motorbike, jauh tu." Doakan Asiah cepat-cepat dapat beli kereta tau..hehe...

Tengah syok bawak motor. "apsal kepala aku ni ringan jer. Alamak! Aku lupa nak pakai helmet."

Tak pasal2 kena u turn balik ambik helmet. Dah separuh jalan dah. Sabar jer la. Diri sendiri yang cuai...huhu..

Alhamdulillah, ngam ngam pukul 8.00am aku sampai ofis. Pandai kan aku set masa...hihi

Tu jer nak cerita.

K, bai..


Note: JDT vs Pahang, korang sokong team mana? :)

Selasa, 2 September 2014

Rahsia Awet Muda



Untuk mengekalkan wajah yang cantik, berseri dan kekal muda, banyak perkara yang perlu anda amalkan dan perlu juga anda tinggalkan.

Sebagai contoh, tinggalkan makanan yang diketahui menjadi punca kepada kemerosotan kecantikan dalaman badan ini termasuklah makanan segera, makanan berkolestrol tinggi, makanan jeruk, minuman berais dan sebagainya.

Manakala, amalkan memakan makanan dan minuman yang sihat dan baik. Antaranya adalah mengambil jus pegaga sebagai minuman harian anda.

Air daun pegaga mempunyai banyak khasiatnya. Cuci bersih daun pegaga dan tumbuk hingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air.

Minum air perahan pegaga tersebut tiga atau empat kali seminggu insya-Allah pengamalnya tidak dimakan usia.

Selain itu, sesiapa yang mengamalkan minum jus pegaga akan mendapati wajah lebih berseri dan melawaskan proses pembuangan.




Jumaat, 8 Ogos 2014

MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI


Makan buah sebelum makan makanan utama memberi kesihatan yang lebih baik.

Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.  Namun, amalan ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.
Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama.

Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.  Jadi, walaupun kita makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Buah amat disarankan untuk makan ketika sarapan.  Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi berserta lauk-pauknya lebih diutamakan.  Ini adalah kerana buah boleh membantu kita meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan.  Selain itu, makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti  mayonis atau aiskrim.

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.  Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah yang diproses, di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.  Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.

Wan Nor Asiah
11 Syawal 1435H

Selasa, 8 Julai 2014

HINDARI MASALAH KETIAK SENSITIF

Selain masalah bau badan, ketiak juga amat sensitif dengan bahan kimia. Begitu juga daerah berbulu yang lain seperti bahagian intim dan sebagainya. Ada juga yang mengalami masalah kulit seperti ruam akibat sensitif terhadap bahan kimia yang terdapat pada deodoran misalnya.

Berikut adalah tip untuk mengelakkan masalah ketiak sensitif:

Pisau Cukur


Jika anda adalah pengguna rutin pisau cukur, apa kata teliti terlebih dahulu sama ada ia jenis pisau tajam dan terbaik. Sesetengah pisau cukur, biarpun tajam tetapi bila digunakan akan menimbulkan masalah kepada ketiak. Justeru, berhati-hati terhadap sisa sabun yang melekat pada pisau dan menjadi tempat membiaknya bakteria. Pastikan, anda menggantikan pisau setiap minggu.

Cukuran Lilin

Mencukur dengan menggunakan lilin adalah kaedah terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah ketiak sensitif. Justeru, apabila menggunakan kaedah cukur menggunakan lilin, ia mampu bertahan sehingga empat atau enam minggu. Sekaligus tidak akan menyebabkan masalah iritasi pada bahagian ketiak.


Deodoran

Bahan kimia pada deodoran dan antiperspiran dapat menyebabkan iritasi pada bahagian ketiak sensitif. Bagi anda yang mengalami masalah apabila menggunakan deodoran sebaiknya berhenti menggunakannya dan cuba gantikan dengan bahan lain seperti Celebrity Lass. =)



Kulat

Berpeluh boleh menyebabkan bahagian ketiak anda menjadi lembap dan panas. Ini membantu pertumbuhan kulat pada bahagian tersebut. Sebaiknya, anda perlu pastikan bahagian tersebut benar-benar kering selepas mandi dan jangan biarkan ia basah bagi menghalang jangkitan pada bahagian tersebut.


Terima kasih...

Love,
Wan Nor Asiah
10 Ramdhan 1435H
Pasir Puteh, Kelantan.


Isnin, 7 Julai 2014

MADU LEBAH


Madu mempunyai pelbagai khasiat. Apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi:

"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuninya rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah S.A.W sendiri mengamalkan meminum madu dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubat-ubatan. Madu yang paling berkualiti adalah madu yang terhasil ketika musim bunga seterusnya musim panas dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan ketika musim sejuk. Dari sudut kecantikan madu mempunyai kelebihan untuk melembut dan melembapkan setiap anggota tubuh badan.

Madu juga mampu membuatkan kulit kelihatan sihat dan segar. Caranya hanya campurkan 1/4 mangkuk kecil madu dalam air mandian. Selain itu, satu sudu teh madu boleh dijadikan losyen apabila dicampurkan bersama 1/4 air perahan lemon dan minyak sayur. Kamu hanya perlu gosokkan pada tangan, siku, telapak kaki, atau bahagian tubuh yang kering. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Love,
Wan Nor Asiah

09 Ramadhan 1435H

Rabu, 2 Julai 2014

MENGAPA matahari baik bagi kita?

Mungkin ramai di antara kita berpendapat, mendedahkan diri terlalu lama kepada sinar matahari akan menyebabkan kanser kulit.

Namun menurut penelitian yang dilakukan oleh Imperial Cancer Research Fund (ICRF) menyatakan bahawa tidak semua di antara kita mengendahkan nasihat tersebut.

Menurut laporan itu, satu per tiga di antara kita menyenangi penampilan dengan kulit kecoklat-coklatan walaupun mereka agak khuatir dengan kemungkinan terkena kanser kulit.

Tahukah kamu, sebenarnya sinar matahari juga dapat membantu pencegahan sesuatu penyakit. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa sinar matahari melindungi kita dari beberapa keadaan termasuk depression, penyakit jantung dan percaya atau tidak beberapa penyakit kanser yang lain.

Penelitian menunjukkan bahawa 10 peratus pengurangan cahaya matahari akan menyebabkan peningkatan penyakit kanser payu dara iaitu antara 6 peratus dan 10 peratus dan 7 peratus hingga 12 peratus masalah kanser usus.

Isnin, 23 Jun 2014

'Buah hati' enak menyihatkan


Strawberi bukan hanya buah yang boleh dipelbagaikan hidangannya tetapi ia juga boleh menjadi minuman yang begitu enak. Warna merah pekatnya yang menonjol begitu menggugah selera. Sebuah lagi penyelidikan dilakukan khusus  mengangkat manfaat 'buah hati' ini.

Para penyelidik di Universiti Warwick menyebutkan bahawa makan strawberi dikaitkan dengan kesihatan jantung dan hati. Menurut pengkaji berkata, ekstrak yang terkandung di dalam strawberi dikatakan efektif dalam meningkatkan antioksidan dan fungsi pelindung lainnya.

Protein tersebut berfungsi untuk menurunkan lemak darah dan kolesterol yang merupakan penyebab masalah kardiovaskular. Jika dilihat daripada penyelidikan sebelumnya, para penyelidik mendapati bahawa mengambil strawberi ternyata dapat melawan glukosa darah dan kolesterol jahat (LDL) setelah makan.

Strawberi juga bekerja untuk meningkatkan pertahanan tubuh untuk menjaga sel, organ dan pembuluh darah yang sihat serta dapat mengurangi risiko terkena masalah kardiovaskular seperti penyakit jantung dan diabetes.

Meskipun demikian, penyelidik masih belum dapat memberikan info terperinci mengenai variasi trawberi yang dikatakan lebih berkesan dalam menghalang pengumpulan lemak dan kolesterol jahat.



Wan Nor Asiah Wan Mahmud,
Pasir Puteh, Kelantan.
25 Syaaban 1435H.


LIMA MANFAAT KOPI




Kopi bukan sahaja mempunyai aroma yang khas dan enak, tetapi juga bermanfaat. Namun apabila ia diambil secara berlebihan, kopi boleh menyebabkan mudarat pada kesihatan. Berikut adalah beberapa fakta mengenai kopi yang dikemukakan oleh Rob van Dam, PHD, Harvard School of Public Health.


  • Kandungan kafein memang dapat meningkatkan aliran darah. Jadi jika anda memiliki keluhan hipertensi, ada baiknya agar kurangi pengambilan kopi.
  • Kafein juga dapat mengurangi rasa mengantuk. Jika anda memiliki kesulitan tidur, apatah lagi insomnia, jauhi minuman ini.
  • Dalam Jurnal Archives of Internal Medicine, didapati bahawa mengambil secawan kopi sehari dapat mengurangi risiko menghidap diabetes sehingga 25 peratus, kerana kandungan antioksidan yang dikenali sebagai asid chlorogenic.
  • Antara yang lain, kopi juga mampu memangkas risiko penyakit Parkinson, Alzheimer, dan kanser hati.
  • Kopi juga boleh meningkatkan risiko stres, tegang, cemas dan gelisah akibat pengambilan yang berlebihan.
Banyak manfaat yang didapati dari pengambilan minuman kopi ini. Namun, amat merugikan pula bagi yang mengambil minuman kopi berlebihan. Penyelidik menyarankan ada baiknya anda mengambil kopi secara bijak. Cukup meminumnya satu atau dua cawan kecil setiap hari. Jangan lupa perhatikan juga tambahan perasa lain seperti gula, krim ataupun pemanis lain yang boleh megundang kesan negatif.


Wan Nor Asiah Wan Mahmud,
Pasir Puteh, Kelantan.

Khamis, 19 Jun 2014

Celebrity Lass

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS merupakan satu pendekatan baru dalam menyahkan bau badan dengan mudah, cepat dan pantas.

Dengan penggunaan CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS hanya sekali sehari, badan anda akan bebas bau dan menjadikan keyakinan anda bertambah dalam tempoh seharian bekerja.

Aktiviti seharian dalam bekerja, bersukan biasanya akan menjadikan anda berpeluh dan menjadikan anda rasa tidak selesa dek kerana kehadiran bau badan yang kurang menyenangkan.

Apatah lagi jika anda terdiri dari pengguna pengangkutan awam tegar. Pasti petang hari anda akan terganggu dengan bau yang kurang menyenangkan ini.

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS kini membawa penyelesaian untuk bebas bau badan hanya dalam masa 3 saat sahaja. Malahan badan akan kekal bebas bau dalam tempoh 24 jam walaupun keesokan harinya anda melakukan aktiviti yang sangat mengeluarkan peluh.

Apakah fungi CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS ?

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS merupakan suatu bahan cecair yang meneutralkan bau badan anda dengan cepat dan selamat.

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS bukanlah deodorant apatah lagi minyak wangi kerana ianya sendiri bersifat bebas bau.

Penggunaan CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS hanya sekali sehari sahaja cukup unik apatah lagi dengan kesan penggunaannya.

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS bersifat anti septic dan juga meneutralkan air kotor yang melekat pada badan.

Kulit dibahagian pelipat akan kelihatan lebih cerah dengan pemakaian secara konsistant CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS.



CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS terbukti mampu mengekalkan badan bebas bau selama 24 jam.

Apakah bahan yang digunakan dalam CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS?

Bahan asas dalam pembuatan CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS terdiri bahan berkualiti premium.

Antara bahannya adalah premium ekstrak rosa gigantean, tutsi, air suling serta aluminium potassium sulphate.

Kesemua bahan-bahan ini halal dan 100% selamat.

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS adalah keluaran 100% bumiputra muslim.

Apakah CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS selamat digunakan?

Ya, CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS selamat digunakan.  Sekiranya ingin digunakan lebih dari sekali dalam sehari juga tidak mendatangkan sebarang masalah.

Bagaimanakah cara guna CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS?

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS digunakan dengan cara diaplikasikan beberapa minit sebelum mandi.(disyorkan mandi petang/malam)

Gunakan 6-7 titis CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS sahaja ke tapak tangan kemudian gosokkan.

Sapukan CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS kemana-mana bahagian badan yang berbau seperti ketiak,kaki,celahan badan dan anggota lain.

Bagi yang mempunyai bau badan yang kritikal, anda disyorkan untuk menyapu ke seluruh anggota badan.

Selepas sapu di bahagian tertentu, biarkan dalam seminit dan kemudian mandi dan  bilas sehingga bersih.

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS memadai digunakan sekali sehari sahaja dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Berapa harga CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS?

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS didatangkan dalam botol 50ml pada harga Semenanjung RM85  dan Sabah Sarawak RM95

Sempena ‘Promo Pack’ ini CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS dijual pada harga RM75 sahaja.

1botol CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS 50ml ini boleh digunakan untuk tempoh 90hari. Ini adalah tawaran Super Saver.

Bagaimana cara membeli CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS?

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS boleh dibeli secara online SAHAJA dari pengedar online kami yang sah. Tidak terdapat di mana-mana toko jamu dan sebagainya.

Berkesan ke CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS?

Kami telah menguji keberkesanan produk CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS ini kepada berbagai peringkat masyarakat. Antaranya ialah:

Penjawat awam

Pengguna perkhidmatan awam.

Jemaah masjid

Pemain futsal dan ahli sukan.

Pengunjung pasar malam

Tukang masak.

Pekebun

Pengunjung pasar tani

Mat motor

Pekerja kontraktor am

Bangladesh

Pelajar IPT

Dan ramai lagi..

HASILNYA?

Setelah mereka mencuba, hanya dalam masa 3 saat, nyata bau tengik badan mereka bebas. Dan keesokan harinya. bau badan mereka masih lagi bebas bau walaupun sudah melebihi tempoh 24jam.

Lihat TESTIMONI mereka yang telah semakin yakin dengan penggunaan produk CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS.


TEMPAH SEKARANG

Rahsia Awet Muda


Untuk mengekalkan wajah yang cantik, berseri dan kekal muda, banyak perkara yang perlu anda amalkan dan perlu juga anda tinggalkan.

Sebagai contoh, tinggalkan makanan yang diketahui menjadi punca kepada kemerosotan kecantikan dalaman badan ini termasuklah makanan segera, makanan berkolestrol tinggi, makanan jeruk, minuman berais dan sebagainya.

Manakala, amalkan memakan makanan dan minuman yang sihat dan baik. Antaranya adalah mengambil jus pegaga sebagai minuman harian anda.

Air daun pegaga mempunyai banyak khasiatnya. Cuci bersih daun pegaga dan tumbuk hingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air.

Minum air perahan pegaga tersebut tiga atau empat kali seminggu insya-Allah pengamalnya tidak dimakan usia.

Selain itu, sesiapa yang mengamalkan minum jus pegaga akan mendapati wajah lebih berseri dan melawaskan proses pembuangan.

-Mingguan Wanita-

Rahsia Sihat dan Cantik

Bebas Bau Badan


Khamis, 12 Jun 2014

3 Makanan Bersihkan Hati

MAKANAN segera dan trend gaya hidup kini memang tidak dapat dipisahkan. Bukan sahaja lebih pantas malah juga memudahkan.

Malangnya, amalan gaya hidup sebegini menyebabkan banyak toksin berkumpul dalam tubuh.

Kesannya hati terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkannya daripada tubuh.

Namun usah bimbang kerana amalan di bawah berupaya membantu membersihkan hati.



EPAL- Selain mudah didapati, ia sebenarnya mampu membantu pembuangan lemak yang ada pada hati. Malah turut mengandungi vitamin C dan asid d-glucaric.



KUNYIT- Pengambilan kunyit boleh membantu membersihkan hati, sekali gus mengeluarkan kotoran yang tidak diperlukan dalam sel-sel badan.



BAWANG - Bawang merah dan bawang putih, kaya dengan sulfur yang berupaya menghalang radikal bebas menyerang hati dan membantu hati berfungsi dengan baik.

Wan Nor Asiah
Rahsia Sihat dan Cantik

Rabu, 11 Jun 2014

Singkirkan Senggugut



Tumbuk lumat tiga ulas bawang putih. Campurkan segelas air suam lalu dikacau. Selepas itu campurkan sesudu madu asli.

Selawat tiga kali sebelum minum. Lebih mujarab jika tidak ditapis.
Amalkan minum tiga kali sehari.

Cara seterusnya pula anda bolehlah ambil tiga ulas bawang merah. Potong halus-halus dan campurkan dengan segelas air panas.

Kacau dan minum. Insya-Allah, cara ini akan menghilangkan sakit senggugut.

Rawatan seterusnya adalah dengan mengambil secawan air panas dan mulakan dengan Bismillahirahmanirahim.

Kemudian, disertai dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali dan hembuskan pada air sebelum diminum.

Insya-Allah, dengan izin Allah, sakit itu akan sembuh.

Mesti cuba ya!

Wan Nor Asiah
Rahsia Sihat dan Cantik


Avokado Serikan Wajah!



Wanita yang mempunyai masalah kulit kering harus mengamalkan petua ini agar wajah segar berseri.

Dapatkan sebiji buah avokado dan ambil isinya. Tumbuk lumat sehingga menjadi pes.

Sapukan secara nipis pada seluruh wajah dan biarkan kering. Setelah itu, cuci muka dengan air suam diikuti dengan ais.

Lap muka dengan tuala lembut secara perlahan-lahan. Lakukan selalu dan rasai perbezaannya.

-Mingguan Wanita-

Wan Nor Asiah
Rahsia Sihat dan Cantik



Isnin, 5 Mei 2014

Lelehan Faraj Tidak Normal



Segelintir wanita yang prihatin terhadap kesihatan dirinya akan sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Contoh adalah lelehan faraj. Lelehan faraj yang tidak normal boleh mengundang pelbagai komplikasi buruk kepada diri seseorang wanita itu. Sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap perubahan tubuh badan anda lebih-lebih lagi apabila perkara itu melibatkan abdomen dalaman. Kepada yang menyedari hal ini, ada beberapa langkah awal yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko lelehan faraj merebak menjadi lebih buruk.

Antaranya adalah:



1. Memakai seluar dalam yang sesuai

 Sentiasa memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas. Kapas membenarkan bahagian intim bernafas dan kekal kering. Malah, pakai seluar dalam hanya pada siang hari, bukannya ketika tidur di waktu malam.



2. Hindari produk yang sensitif

Elakkan bersentuhan dengan produk yang boleh menyakitkan faraj seperti pembersih faraj, sabun, bedak, losen dan cecair mandi yang mempunyai pewangi.



3. Elakkan Menggaru

Jangan menggaru bahagian alat sulit yang kegatalan. Perbuatan itu boleh memburukkan lagi keadaan.



4. Jangan berpakaian ketat

Hindari diri daripada memakai pakaian yang ketat untuk tempoh yang lama seperti pakaian renang, sukan atau sarung kaki (pantyhose)



5. Jauhi Pemakaian tampon

 Jika didatangi haid, jangan gunakan tampon, tetapi gunakan tuala wanita biasa.



6. Pembersihan bahagian intim

 Bersihkan bahagian intim dari hadapan ke belakang selepas membuang air kecil atau besar. Cara pencucian yang salah boleh merebakkan bakteria ke faraj.



7. Keperluan Tidur dan Diet

Tidur yang cukup dan diet yang seimbang dengan pengambilan air yang cukup merupakan cara terbaik untuk memastikan faraj sentiasa sihat.

~Mingguan Wanita~

Wan Nor Asiah
Pasir Puteh
Kelantan



Isnin, 20 Januari 2014

FAHAMI KEPENTINGAN KOLESTEROL



Kita semua perlukan sedikit kolesterol. Walau bagaimanapun, jika anda mengambilnya secara berlebihan, ia akan terbina pada arteri. Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati. Ia juga datang daripada sesetengah jenis makanan misalnya daging merah. Jika anda mengambil kelosterol jahat (LDL) secara berlebihan, anda sebenarnya sedang meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung, angin ahmar dan pelbagai penyakit yang lain. Namun jika anda kekurangan kolesterol baik (HDL), anda juga akan mengalami kesan yang sama.

RAHSIA SIHAT DAN CANTIK

SENGGUGUT

Apa itu senggugut?

Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia produktif. Ia bukan saja sesuatu yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.

Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit,”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya beerti kesakitan saat haid , atau haid yang sukar dan bermasalah. Secara medis, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami saat haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.

Gejala senggugut

Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu tadi, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan diare. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.

Kenapa senggugut itu terjadi?

Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan saat haid. Pengecutan ini dipacu terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, saat haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan , akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.Lapisan tisuyang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai mengganggu aktiviti mereka.

Kontraksi yang dipacu oleh prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan kadar prostaglandin yang terlalu tinggi tadi , keluhan senggugut akan muncul.

Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak?

Disebabkan senggugut merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik sangat memainkan peranan.Sekiranya adik beradik anda ada yang senggugut anda mungkin akan mengalaminya juga.Selain itu terdapat beberapa faktor risikolainyang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang itu mengalami senggugut iaitu haid pertama yang dini( menarche), kitar haid yang panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh dan seterusnya memacu penyakit ini.


KLASIFIKASI DISMENORE

Kita dapat klasifikasikan dismenore kepada dua jenis, iaitu dismenore primer dan sekunder

Dismenore Primer

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan hanya faktor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita itu. Jadi masalah itu bukan berpunca dari luar tetapi masalah pada sistem hormon wanita tersebut yang dipacu oleh faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi.

Dismenore Sekunder

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan adanya kelainan lain pada sistem reproduksi, seperti pada kelainan endometriosis, radang rongga pelvis, jangkitan, penyakit usus, kehamilan ektopik atau luar rahim dan sebagainya. Dismenore jenis ini yang harus diberi perhatian dan mendapat pengubatan yang selanjutnya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem reproduksi wanita sehingga boleh menyebabkan kemandulan.
Jadi kenyataan awam yang mengatakan wanita yang senggugut itu susah untuk hamil ada benarnya sekiranya jenis dismenore yang dialami adalah daripada jenis yang sekunder ini terutamanya wanita yang mengalami endometriosis atau kista coklat.Namun begitu belum tentu semua kelainan yang telah saya telah sebutkan tadi berakhir dengan kemandulan tergantung kepada derajat keparahan penyakit dan jenis penyakit itu sendiri.

Endometriosis

Endometriosis adalah kelainan yang terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai tisu rahim(endometrium) tumbuh pada struktur lain dalam tubuh selain dalam rahim.Keluhan yang dirasakan persis sama seperti senggugut primer namun hanya terjadi sebelum haid bermula. Setelah haid mula keluar, rasa sakit yang dirasakan menghilang.
Saya memilih untuk menjelaskan penyakit ini dengan lebih detail disebabkan penyakit ini adalah merupakan salah satu penyakit yang tersering menyebabkan masalah kemandulan pada wanita. Jadi sekiranya anda mengalami keluhan seperti diatas, adalah lebih baik mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan yang berhampiran.

RAHSIA MUDAH HAMIL DENGAN SUPERRICH PUTERI VANILLA





Rahsia Mudah Hamil Dengan SPV Kini Terbongkar!!!

♛ Anda inginkan cahaya mata?
♛ Sudah lama berkahwin tapi masih belum mempunyai anak?
♛ Jom tingkatkan kesuburan dengan SuperRich Puteri Vanila(SPV) !!!

Kenapa anda perlu mencuba SPV???

✔ SPV menyuburkan rahim
✔ SPV mengingkirkan bendasing dalam rahim
✔ SPV memperbetulkan kedudukan rahim

Selain itu?

✔ SPV dapat mengatasi masalah keputihan
✔ SPV dapat menstabilkan kitaran haid
✔ SPV dapat mengurangkan senggugut

Betul ke boleh berjaya hamil???

SPV hanyalah minuman tambahan yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kesuburan. Anda yang tiada masalah kesihatan dan tiada masalah pada sistem peranakan digalakkan mencuba!

Dengan pengambilan SPV yang konsisten, berserta doa dan tawakkal, in shaa Allah anda akan nampak jalannya. Jangan terus serahkan bulat-bulat pada takdir tanpa ada usaha dan ikhtiar.

Saya tegaskan sekali lagi... Kepada anda yang benar-benar inginkan zuriat, cubalah amalkan pengambilan SPV ini. Tak salah kalau mencuba. Cuba amalkan dan tawakkal kepada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. In shaa Allah.

SMS/WhatsApp 0129491296

Khamis, 16 Januari 2014

KENTUT VAGINA




KENTUT VAGINA ?? Mesti ada yang rasa lawak dengar nama tu kan...dan mesti ada yg berkerut dahi tu..macam seram je bunyi...hahaha...dan mb ada yg susah hati sbb KENTUT VAGINA ni dia lalui...jom kita tengok apa dia KENTUT VAGINA ni...

===========
KENTUT VAGINA?
===========

Alat kemaluan perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.

===================
APA KESAN KENTUT VAGINA ?
===================

☛ Boleh berbau BUSUK sekiranya dijangkiti KUMAN
☛ Boleh menyebabkan KETIDAKSELESAAN & MOOD HILANG ketika 'BERSAMA'

=================
BAGAIMANA NAK ATASI ??
=================

✔ RAJIN BERSENAM - Senaman KEGEL @ KEMUTAN untuk kuatkan OTOT VAGINA
✔ KURANGKAN minum air SEJUK @ BERAIS
✔ Pakai SELUAR DALAM yang TIDAK TERLALU LONGGAR
✔ CUCI VAGINA dengan BERSIH setiap kali MANDI

============
CADANGAN LAIN ??
============

Dapatkan SUPERRICH PUTERI VANILLA yang berfungsi membersihkan dalaman wanita terutama RAHIM anda

RAHSIA MUDAH HAMIL



ATASI MASALAH SUKAR HAMIL DGN PENGAMBILAN SPV SECARA KONSISTEN... SETELAH BERJAYA HAMIL, AMALKAN PULA PENGAMBILAN MOCHA... IN SHAA ALLAH... KESANNYA PASTI LUAR BIASA HABISSS!

Rahsia Mudah Hamil Dengan SPV Kini Terbongkar!!!

♛ Anda inginkan cahaya mata?
♛ Sudah lama berkahwin tapi masih belum mempunyai anak?
♛ Jom tingkatkan kesuburan dengan SuperRich Puteri Vanila(SPV) !!!

Kenapa anda perlu mencuba SPV???

✔ SPV menyuburkan rahim
✔ SPV mengingkirkan bendasing dalam rahim
✔ SPV memperbetulkan kedudukan rahim

Selain itu?

✔ SPV dapat mengatasi masalah keputihan
✔ SPV dapat menstabilkan kitaran haid
✔ SPV dapat mengurangkan senggugut

Betul ke boleh berjaya hamil???

SPV hanyalah minuman tambahan yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kesuburan. Anda yang tiada masalah kesihatan dan tiada masalah pada sistem peranakan digalakkan mencuba!

Dengan pengambilan SPV yang konsisten, berserta doa dan tawakkal, in shaa Allah anda akan nampak jalannya. Jangan terus serahkan bulat-bulat pada takdir tanpa ada usaha dan ikhtiar.

Saya tegaskan sekali lagi... Kepada anda yang benar-benar inginkan zuriat, cubalah amalkan pengambilan SPV ini. Tak salah kalau mencuba. Cuba amalkan dan tawakkal kepada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. In shaa Allah.



Anda telah hamil??? Tahniah diucapkan!!!

Ohhh... Malangnya anda berasa lemah longlai dan tidak berdaya disebabkan mabuk teruk...

Ingin cari jalan penyelesaiannya?

Jom dapatkan SuperRich MOCHA!!!
Anda pasti berpuas hati kerana hampir semua masalah ketika hamil dapat diselesaikan...

Tapi, mengapa perlu memilih SuperRich MOCHA???

✔ SuperRich MOCHA merupakan minuman terbaik untuk ibu hamil dan selepas melahirkan serta menstabilkan kembali darah dan nutrisi yang sempurna untuk bayi di dalam kandungan

✔ SuperRich MOCHA amat bermanfaat untuk ibu-ibu yang hamil bagi meredakan masalah mabuk / morning sickness dan menguatkan semangat mereka

✔ SuperRich MOCHA mampu menstimulasi pengeluaran susu ibu semasa hamil dan selepas melahirkan anak

✔ SuperRich MOCHA dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan dan anda akan sentiasa berasa kenyang tanpa perlu menghadapi masalah perut berangin kerana tidak cukup makan

✔ SuperRich MOCHA juga melancarkan proses perkumuhan dan mengelakkan masalah sembelit yang biasa dihadapi ibu-ibu hamil

Menarik kan???

SMS/WhatsApp 0129491296

Rabu, 8 Januari 2014

NAMA BARU SPL - PUTERI VANILA



Taraaaaaaaaaaaaa...haaaa...untuk semua lovely customer...i nak cerita kat uaalllsss pasal SUPERRICH PERFECT LADY...hehehe...baca sampai habis tau...pastu nak tanya,dipersilakan...

SUPERRICH PUTERI VANILA ?? apakah ?? kenapakah ??

ok...tuk pengetahuan uallsss...WAJAH & NAMA SPL sekarang sudah ditukar kepada yang baru iaitu Superrich Puteri Vanila...kenapa??sebab pengasas nak daftar NAMA PRODUK sebagai HAK MILIK syarikat..bila nak daftar,nama tersebut mestilah bukan nama yang selalu digunakan secara umum dan tidak boleh digunapakai oleh syarikat lain selepas ini...macam nama PERFECT LADY,dh banyak sangat digunakan dalam pasaran...sampai korang sendiri naik konpiuskan??...jadinya nak elakkan korang tersalah beli,tersalah pilih...SPL ditukarkan namanya menjadi SPV lepas ini dengan REKABENTUK WAJAH yang lebih feminin (kewanitaan)...pink2 gtu....

nota kaki:kalau korang nampak nama PUTERI VANILA digunapakai mana-mana syarikat selain EHPS,sila maklumkan kpd kami

KENAPA HARGA & KUANTITI BERUBAH??
bagi menjaga ketulenan produk.. syarikat mengambil inisiatif menjual hnya dlm bentuk 15 sachets atas beberapa sebab...pertamanya,permintaan yang tinggi untuk LOOSE PACK.Jadi,pengasas EHPS tak mahu jualan berleluasa loose pack dengan packaging yg tak sistematik berlaku dan dalam masa yang sama nak elakkan dari jualan klon oleh pihak tertentu...Harga sedikit berubah disebabkan kos2 bahan mentah tahun 2014 termasuk cukai import meningkat dan GST diperkenalkan tetapi kami jamin bahan mentah masih lagi dalam GRED AAA bagi menjamin KUALITI & KEBERKESANnya...

haaaaaa.....faham??lepas ni jangan terkejut plak bila tengok kotak kiut miut sampai kat tangan...